Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2016

PENCAK SILAT

Asal Usul Silat Gerak silat asalnya Ilham Lalu disimpan di dalam Bunga Dari bunga terbitnya Buah   Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. Perkataan Silat sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat teori mengatakan perkataan Silat bersal dari  si-ilat . Bunga Silat Maka titah Seri Bentara, "Menari apalah Kiai Tuah. Inginlah kita hendak melihatmu menari." Maka sembah Tun Tuah, "Daulat tuanku andika, ini menari cara hulubalanglah." (Hikayat Hang Tuah, 1971:126) Melalui petikan Hikayat Hang Tuah tadi dapatlah disimpulkan bahawa gerakan silat bukanlah tar