PENCAK SILAT
Asal Usul Silat
Lalu disimpan di dalam Bunga
Dari bunga terbitnya Buah
Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. Perkataan Silat sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat teori mengatakan perkataan Silat bersal dari si-ilat .
Bunga Silat Maka titah Seri Bentara, "Menari apalah Kiai Tuah. Inginlah kita hendak melihatmu menari." Maka sembah Tun Tuah, "Daulat tuanku andika, ini menari cara hulubalanglah."
(Hikayat Hang Tuah, 1971:126)
Melalui petikan Hikayat Hang Tuah tadi dapatlah disimpulkan bahawa gerakan silat bukanlah tari-menari semata-mata dan mengandungi rahsia tersembuyi.
Secara asasnya susunan pembelajaran silat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bunga dan Buah.
Bunga merupakan gerak asas dalam silat. Gerak ini kemudiannya disusun dan membentuk buah silat. Terdapat salah faham yang menganggap bunga ialah tari menari yang bertujuan persembahan semata-mata. Ada juga pesilat yang menghafal bunga dan tidak tahu rahsia yang terkandung di dalamnya. Mereka buta sejarah dan tidak memahani apa itu Bunga Silat sebenarnya. Gerak Bunga diilhamkan kepada pengasas silat dan disusun menjadi tunggak utama persilatan tersebut. Contohnya Gayong Fatani berasaskan Bunga Sembah
Buah Silat
Buah Silat adalah gabungan gerakan yang diasaskan oleh Bunga (gerak asas silat). Juga dikenali sebagai Buah Pukul. Ia ialah aturan langkah menyambut serangan sehingga pihak lawan ditumpaskan dalam satu aturan gerakan.Contohnya:
1. Pesilat menunggu serangan, menyambut (menepis, membuang, menangkap atau mengelak)
2. Memukul dan menjatuhkan pihak lawan
3. Memberikan pukulan penutup (memukul, mengunci atau mematahkan sendi)
Keseluruhan aturan ini dianggap sebagai satu buah yang lengkap. Setiap buah boleh dihabiskan dengan penutup yang berbeza contohnya pesilat boleh memilih mengunci lawannya, mencederakan, melumpuh atau bunuh berdasarkan pilihannya (finishing move).
Buah silat dikumpulkan oleh pengasas-pengasas silat dan diberikan nama. Kemudian disusun dalam sistem pembelajaran mengikut peringkat. Anak murid dikehendaki menghafal kesemua buah ini berdasarkan peringkat.yang akan diuji dan dibezakan dengan jenis bengkung sehinggalah tamat pengajian. Sistem pembelajaran ini diulang oleh guru-guru silat dalam setiap gelanggang yang dibuka.ASPEK DAN BENTUK
Terdapat 4 aspek utama dalam pencak silat, yaitu:
1. Aspek Mental
Spiritual: Pencak silat membangun dan mengembangkan kepribadian dan
karakter mulia seseorang. Para pendekar dan maha guru pencak silat zaman dahulu
seringkali harus melewati tahapan semadi, tapa, atau aspek kebatinan lain untuk
mencapai tingkat tertinggi keilmuannya.
2. Aspek Seni
Budaya: Budaya dan permainan "seni" pencak silat ialah salah satu
aspek yang sangat penting. Istilah Pencak pada umumnya
menggambarkan bentuk seni tarian pencak silat, dengan musik dan busana
tradisional.
3. Aspek Bela
Diri: Kepercayaan dan ketekunan diri ialah sangat penting dalam menguasai
ilmu bela diri dalam pencak silat. Istilah silat, cenderung
menekankan pada aspek kemampuan teknis bela diri pencak silat.
4. Aspek Olah
Raga: Ini berarti bahwa aspek fisik dalam pencak silat ialah penting.
Pesilat mencoba menyesuaikan pikiran dengan olah tubuh. Kompetisi ialah bagian
aspek ini. Aspek olah raga meliputi pertandingan dan demonstrasi bentuk-bentuk
jurus, baik untuk tunggal, ganda atau regu.
Komentar
Posting Komentar